25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Beri peluang Kerajaan Perpaduan bawa perubahan di Kelantan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAKYAT di Kelantan diharap dapat memberi peluang dan dukungan kepada Kerajaan Perpaduan untuk berkhidmat dan membawa perubahan di negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Harapan berkenaan dinyatakan dalam Jelajaah Ceramah Perpaduan MADANI Kelantan di BN Command Centre, Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan, malam tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, rakyat negeri ini diminta membuat keputusan yang tepat demi kebaikan diri sendiri dan masa depan generasi penerus pada hari Sabtu ini.

“Kita hadir berkempen di Kedah, Terengganu dan Kelantan membawa cerita kejayaan dan rekod cemerlang di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, dan pihak sebelah sana tidak ada kemampuan untuk mengangkat jalan cerita yang sama kerana mereka telah terbukti gagal di negeri-negeri yang dikemudi mereka.

“Lantas, mereka memilih jalan yang membodohkan rakyat dengan mencerca, menyampaikan sanggahan yang bersifat peribadi, dan bangkitkan naratif kaum yang merosakkan.

Advertisements

“Dan Kelantan masih ketinggalan dan daif dari sudut penyediaan perkara dan hak asasi rakyat, dan trend ini tidak seharusnya berlarutan kerana kita punyai pilihan yang lebih baik yakni PH-BN.

“Apakah adil untuk rakyat Kelantan terus dibiarkan jauh di belakang dan tenggelam dengan golongan yang mendabik dada tahu semua tetapi realitinya persis tikus membaiki labu?,”soal Anwar.

Justeru, beliau berharap agar rakyat Kelantan dapat memberi dukungan kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus berkhidmat dan membawa perubahan ke negeri Kelantan.

“Kepada pengundi serta anak muda Kelantan, saya menyeru untuk dibawa serta diperpanjang mesej-mesej yang mencerahkan ini dan lakukan perubahan yang nyata pada pilihanraya kali ini.

“Jangan kita abaikan peluang dan tanggungjawab ini yang pastinya akan membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan seluruhnya!,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan