Monday, July 20, 2026

Lebih 75 peratus keluar mengundi awal sehingga 1 petang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUSAN keluar mengundi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 675 peratus setakat jam 1 petang hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 85 peratus diikuti Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing dengan 83 peratus.

Kedah merekodkan sebanyak 81 peratus, Pulau Pinang dengan 80 peratus dan Selangor dengan 78 peratus.

Manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 80 peratus.

Di Negeri Sembilan sahaja, sebanyak 38 pusat mengundi awal di 30 tempat daerah mengundi PRN ke-15 yang dibuka serentak di PRN seluruh enam negeri bermula jam 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

SPR telah menetapkan PRN dan PRK Kuala Terengganu diadakan serentak, dengan tarikh penamaan calon pada 29 Julai lalu, undi awal pada hari ini dan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos 2023.- Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan