27 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Kenyataan seteru UMNO, Pas ijtihad politik mengelirukan

apa yang dikatakan Dr Asyraf itu merupakan fahaman songsang yang bersifat 'matlamat menghalalkan cara'

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa, persaingan UMNO-Pas yang disebut sebagai ijtihad politik oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah mengelirukan.

Malah dakwanya, apa yang dikatakan Dr Asyraf itu merupakan fahaman songsang yang bersifat ‘matlamat menghalalkan cara’.

Beliau berkata, persaingan itu sebenarnya tidak diperlukan sebaliknya diubah berdasarkan prinsip taawun iaitu kerjasama dan taayush iaitu wujud bersama.

“Taawun dan taayush sebenarnya sudah terlaksana melalui gagasan MN, tapi telah digagalkan atas kepentingan individu dan bukan atas kepentingan dan prinsip Islam.

Advertisements

“Sekarang ada individu yang cuba mereka-reka istilah bagi menghalalkan tindakan yang salah dan telah membawa padah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Hantaran berkenaan sebagai membidas kenyataan dibuat Dr Asyraf yang menyifatkan persaingan antara UMNO dan Pas adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan.

“Bukannya permusuhan akidah Islam atau bukan Islam,” katanya.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada situasi perbalahan politik antara pemimpin kedua-dua parti itu menjelang pilihan raya negeri (PRN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan