26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PRN: Majikan perlu benar pekerja pulang mengundi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJIKAN perlu membenarkan pekerja masing-masing untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, bagaimanapun, berkata pihaknya tidak bercadang untuk mengeluarkan sebarang pekeliling berhubung perkara itu, mengambil kira peruntukan sedia ada dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Akta sedia ada menyebut mana-mana majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara setahun.

“Semua majikan kena patuh untuk benarkan pekerja mereka balik mengundi dan kepada pekerja, kalau ada majikan tidak benarkan mereka pulang mengundi sila laporkan ke Jabatan Tenaga Kerja atau agensi kami yang lain untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sesi Libat Urus TRIPARTITE 2023 Zon Timur di Institut Latihan Perindustrian Marang, di hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan hari penamaan calon PRN akan datang pada 29 Julai ini, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos.

Enam negeri terlibat PRN kali ini ialah Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan