25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Pegawai bank rugi RM102,700 ditipu pelaburan tak wujud

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai bank di Kuantan, Pahang berputih mata selepas kerugian sebanyak RM102,700 selepas diperdaya menerusi pelaburan saham tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berumur 32 tahun telah melihat iklan rangkaian kedai buku yang menyatakan akan memberi beberapa buku pelaburan secara percuma.

Katanya, buku tersebut akan diberikan kepada mangsa dengan hanya perlu memasukkan maklumat peribadi di pautan yang diberi melalui aplikasi Whatsapp.

“Setelah itu, mangsa menekan pautan masuk ke dalam aplikasi sistem trade saham. Suspek telah menawarkan pelaburan saham melalui dagangan di satu platform dan dimaklumkan akan menerima keuntungan sebanyak 30 peratus setelah melabur RM100,000. 

Advertisements

“Mangsa terpedaya dengan keuntungan yang lumayan dan telah membuat 12 kali transaksi ke enam akaun bank yang berlainan dalam tempoh tiga minggu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, wang yang dilaburkan mangsa adalah daripada wang simpanannya sendiri.

Justeru itu, pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. 

“Mana-mana syarikat atau individu yang tidak diberi lesen/kebenaran daripada Bank Negara (BNM) atau Suruhajaya Sekuriti (SC) tidak boleh menerima deposit dari mana-mana pihak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan