34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kecewa dengan BN, PN dorong Hafiz bertanding Bebas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Mohammed Hafiz Baharudin 47, menawarkan diri sebagai calon pada pilihan raya kali ini adalah disebabkan timbul rasa kekecewaan terhadap dua parti yang pernah disertainya.

Beliau yang bertanding menggunakan logo rumah itu berkata, penglibatannya dalam politik selama ini banyak mendedahkan beliau tentang kepincangan yang berlaku dalam parti.

“Ini pertama kali saya bertanding, kerana saya fikirkan niat dan nawaitu itu penting dalam membela masyarakat.

“Kita sendiri sedar keadaan dalam negara kita macam mana, terutamanya di Negeri Sembilan ini. Kita rakyat di negeri ini dahagakan pembangunan, dahagakan idea-idea baharu, namun tengok kepada satu-satu pimpinan masih tiada perubahan dan sesuatu perlu dilakukan,”katanya yang merupakan Ketua Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu Negeri Sembilan.

Beliau yang juga bekas Ketua UMNO Cawangan Jalan Jelebu berkata, sebelum ini dirinya bergerak dalam Barisan Nasional (BN) namun dinafikan hak dan keadilan.

Advertisements

“Politik kini payah. Bila dah keluar dari UMNO awal tahun ini dan bersama dalam Perikatan Nasional (PN) pula, saya melihat masih tiada perubahan selain kesedaran juga tiada.

“Jadi saya ambil langkah ketepikan semua parti dan berjuang untuk bebas,”katanya yang menyerahkan pucuk pimpinan Bersatu menentukan tindakanya itu.

Baginya yang dikenali Tok Merah, parti adalah nombor dua dan selama hampir empat tahun ini beliau sudahpun berkhidmat untuk masyarakat di DUN Sikamat ini.

Mohammed Hafiz akan bersaing dengan tiga calon lain di DUN Sikamat pada Pilihanraya Negeri Ke-15.

Calon-calon berkenaan ialah Ahmad Raihan Muhamad Hilal dari Perikatan Nasional (PN); calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Aminuddin Harun, dan calon Bebas, Bujang Abu (logo cermin mata).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan