34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN: Mohon permit ceramah awal  – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANA-MANA parti politik yang ingin memohon permit bagi mengadakan ceramah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dinasihatkan supaya melakukannya selewat-lewatnya 24 jam sebelum penganjuran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin berkata, ini bertujuan mengelakkan daripada berlakunya pertembungan antara parti politik di lokasi sama yang boleh mengakibatkan perkara tidak diingini daripada berlaku.

Bagaimanapun katanya, ketua polis kontinjen tetap akan melayan permohonan yang lewat daripada tempoh berkenaan.

“Sekiranya berlaku pertembungan yang berhampiran, mungkin yang mohon permit lewat itu tidak akan diluluskan. Ini bagi mengelakkan pertembungan sebenarnya. 

“Bukan kita sengaja tidak mahu luluskan, kita hendak menentukan keselamatan semua penyokong dan tidak mahu apabila ceramah berdekatan akan jadi provokasi satu sama lain, ketidakteraman itu akan berlaku,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Sementara itu, Razarudin berkata, pihaknya akan sentiasa memantau proses berkempen khususnya membabitkan isu berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Katanya, polis mempunyai pasukan petugas khas yang dianggotai seramai 32 anggota yang akan melengkapkan siasatan berhubung perkara berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

“Ini termasuk siasatan dalam waktu berkempen sehinggalah pasca pengundian nanti, siasatan yang dibuka dan akan memakan masa selama tujuh hari. 

“Kita akan tentukan bahawa siasatan akan dilengkapkan dan dihantar ke pihak Peguam Negara. Kita tidak mahu kelewatan atas siasatan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan