32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mahdzir tekad ulangi kejayaan calon ‘underdog’ di Pedu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertekad mahu mengulangi kejayaannya pada 2004 dan 2008 sebagai calon ‘underdog’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.

Mahdzir berkata, situasi kini hampir sama seperti 2004 apabila kembali bertanding DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi berkenaan daripada wakil rakyat Pas.

Kejayaan lalu itu bagaimanapun katanya, dianggap sebagai sejarah dan ia dijadikan panduan untuk disesuaikan dengan situasi masa kini yang jauh berbeza situasi politiknya.

“Saya bermula sebagai wakil rakyat di DUN Pedu dan pada masa itu saya merupakan calon bukan pilihan, juga bertanding melawan Pas. 

“Kali ini situasinya hampir sama dan saya yakin pengundi akan memberi peluang untuk saya berkhidmat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai calon DUN Pedu oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Iman Hazwan Abd. Halim di Pusat Penamaan Calon Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, hari ini.

Mahdzir Khalid menyapa calon Pas, Mohd. Radzi ketika proses penamaan calon di di Pusat Penamaan Calon Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, hari ini. – Edisi9/Mahdzir Khalid

DUN Pedu pada PRN ini menyaksikan Mahdzir akan bertembung satu lawan satu dengan penyandang kerusi berkenaan, Mohd. Radzi Md. Amin daripada Perikatan Nasional (PN-Pas).

Advertisements

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mohd. Radzi memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan calon BN, Kama Noriah Ibrahim serta Hashim Idris dari PKR dengan majoriti 670 undi.

Seramai 28,586  pemilih layak mengundi di kawasan DUN Pedu melibatkan 51 saluran mengundi kali ini.

Sementara itu, ditanya mengenai kemenangan dua penggal di DUN Pedu bukan suatu kelebihan, Mahdzir mengakui ia sekadar sejarah dan menjadikan perkembangan politik baharu sebagai panduan untuk mendekati pengundi.

Mahdzir Khalid bersama penyokong BN yang hadir di Pusat Penamaan Calon Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap, hari ini. – Edisi9/Mahdzir Khalid

“Itu cerita lama, sekarang kita buka cerita baru (Kerajaan Perpaduan). Sejarah menjadi panduan, kita tak ambil 100 peratus berdasarlan sejarah lalu. Perkara yang berlaku pada ketika ini harus diambil kira,” ujarnya.

Beliau turut percaya momentum positif sebelum hari penamaan calon serta sokongan akar umbi akan berpihak kepada BN.

“Saya nampak tren positif untuk BN-PH di DUN Pedu dan Kuala Nerang di bawah Parlimen Padang Terap. Campuran undi BN-PH berdasarkan arus yang berlaku mampu berikan kemenangan.

“Pengundi boleh fikirkan sebaiknya apa yang positif untuk kebaikan mereka. Saya lihat pertimbangan (pengundi) atas kebaikan masa depan, bukan emosi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan