34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN NS: 10 calon Bebas ‘cuba nasib’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 calon Bebas akan ‘mencuba nasib’ bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-15 di Negeri Sembilan.

Kerusi yang menyaksikan kehadiran calon Bebas adalah di DUN Klawang, Lenggeng, Nilai, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau dan Paroi.

Paling mencuri tumpuan adalah penyandang DUN Ampangan, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek yang membuat kejutan untuk bertanding di kerusi tersebut selepas dipercayai dinafikan haknya dengan menggunakan logo pokok.

Ia bagi memberi saingan kepada calon PH, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan calon PN, Muhammad Ghazali Zainal Abidin.

Advertisements

DUN Nilai dan Sikamat masing-masing menampilkan dua calon Bebas iaitu di Nilai, Omar Mohd. Isa dan S. Yessu akan bertembung dengan calon penyandang dari PH, J. Arul Kumar dan calon PN, Gan Chee Biow.

Sementara itu di DUN Sikamat, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan disaingi calon PN, Ahmad Raihan Muhamad Hilal dan dua calon Bebas, Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin yang juga merupakan Ketua Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu Negeri Sembilan.

Manakala lima lagi calon Bebas ialah Saiful Bahri Jamaan bertanding di DUN Klawang, Zul Azki Mat Sulop di DUN Lenggeng, Ahmad Zamali Mohamad (DUN Bukit Kepayang), R. Kumaravel (DUN Mambau) dan Syakir Fitri (DUN Paroi).

Terdapat sebanyak 36 kerusi DUN yang dipertandingkan di Negeri Sembilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan