34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Saya bukan calon ‘pelancong’ – Jamil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Jamil Salleh menafikan dakwaan kononnya beliau orang luar yang mencuba nasib bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil.

Sebaliknya, Jamil, 64, berkata, beliau sendiri sudah lebih lima tahun membeli rumah di Bandar Serenia yang terletak di DUN tersebut dan sudah biasa dengan penduduk di situ.

Katanya, beliau sendiri tidak menyangka akan dicalonkan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saya sebenarnya memang ada rumah di Dengkil, sudah lima tahun menetap. Kita bukan sahaja lihat kepada satu tempat (tinggal) sahaja tetapi di Selangor.

“Ini aktiviti yang saya buat ketika (menjadi Ketua Setiausaha Kementerian) dulu melibatkan Selangor juga. Saya tidak keluar dari Lembah Klang dan kerja kerajaan sejak 40 tahun, tiada isu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRN bagi DUN Dengkil di Dewan Semarak, Cyberjaya, hari ini.

Advertisements

Anak kelahiran Melaka itu merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Jamil berdepan saingan empat penjuru turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Noorazli Said; Datuk Mohd. Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat) dan Darren Ong Chung Lee (Parti Sosialis Malaysia).

Mengulas lanjut, Jamil berkata, pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan akan membantunya jika menjadi wakil rakyat.

“Walaupun saya wakil rakyat tetapi saya tetap rakyat. Jadi apa kehendak rakyat saya kena bersama mereka, sebagai satu pasukan untuk membincangkan keperluan mereka.

“Bukan boleh pandai-pandai sendiri tanpa mereka berminat atau mahu perkara berkenaan. Apapun pembangunan fizikal dan rohani, saya akan bersama mereka, merancang dahulu.

“Kita mesti merancang benda yang kita boleh capai. Kemudian rakyat akan terkesan dengan hasilnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan