30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

KPT nafi kenyataan pemendekan tempoh lantikan Haim Hilman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan kenyataan yang dikeluarkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berhubung pemendekan tempoh pelantikan beliau.

Merujuk kepada video yang tular di media sosial, KPT berkata, keputusan itu adalah berikutan laporan prestasi kepimpinan beliau yang dikemukakan Lembaga Pengarah Universiti melalui surat bertarikh 16 Jun 2022. 

“Sebelum keputusan pemendekkan diambil, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat KPT bagi meneliti dan menilai laporan yang diterima. 

“Dalam hubungan ini, Haim Hilman dan beberapa orang pegawai kanan UUM telah dipanggil ke KPT pada 23 dan 29 September 2022 untuk memberi keterangan bagi menjelaskan perkara yang telah dibangkitkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik demi kepentingan UUM,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dr. Haim Hilman Abdullah,50, hari ini mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Beliau akan berdepan pertarungan satu lawan satu menentang Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datin Sabrina Ahmad, 45.

KPT berkata, kementerian sentiasa tegas dan komited dalam memastikan kepimpinan universiti awam, bukan sahaja harus mempunyai kesarjanaan tetapi perlu berupaya menjadi pemimpin institusi yang bijak mengurus kepelbagaian sumber dengan baik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan