27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRN: SPR terima 573 penamaan calon, satu kertas ditolak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 573 kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu sepanjang proses penamaan dibuka sehingga pukul 10 pagi tadi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, daripada jumlah itu, satu kertas penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Kelantan ditolak yang melibatkan calon Bebas.

Beliau berkata, bagi pilihan raya kali ini, DUN Lunas, Kedah mecatatkan penamaan calon tertinggi dengan lima pencalonan.

Bagi persaingan empat penjuru pula melibatkan 13 kerusi, tiga penjuru (51) dan satu lawan satu sebanyak 181 kerusi DUN.

“Calon termuda bagi pilihan raya kali ini adalah Melanie Ting Yi-Hlin yang berusia 23 tahun mewakili Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di DUN Bukit Antarabangsa.

Advertisements

“Bagi calon tertua pula di kerusi DUN Pantai Jerejak oleh wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM), M. Ravibder Singh yang berumur 80 tahun,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, sebanyak 71 atau 12 peratus calon pilihan raya kali ini adalah daripada golongan wanita.

“Selangor mencatat penyertaan tertinggi golongan wanita dalam PRN dengan 27 calon, diikuti Kedah (14), Pulau Pinang (12), Kelantan dan Negeri Sembilan (8) sementara Terengganu (2),” ujarnya.

Bagi calon berdasarkan umur pula, terdapat 10 calon di DUN Selangor terdiri daripada golongan berumur antara 20 hingga 29 tahun sekali gus mencatat rekod penyertaan tertinggi dalam PRN di enam negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan