32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Saman Ira Kazar diteruskan, punca Syamsul tidak lafaz cerai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PUNCA Syamsul Yusof membatalkan lafaz cerai ke atas Puteri Sarah adalah kerana aktres itu tetap mahu meneruskan saman terhadap madunya, Ira Kazar.

Perkara itu didedahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana 38, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurut Puteri Sarah, beliau akan tetap dengan pendiriannya itu dan tidak akan menarik semula tuduhan kerana itu adalah hak yang diperjuangannya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, Syamsul juga tidak bersetuju dengan jumlah nafkah yang dituntut buat kedua-dua anak mereka, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Jelasnya, Syamsul meminta pengurangan bayaran nafkah dan mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.

Terdahulu, Syamsul membatalkan hasrat melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah.

Sehubungan itu, mahkamah meneruskan prosiding dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas.

Baca juga:   Anwar saman Ahli Parlimen Pendang

Sebelum ini Syamsul bersetuju untuk bercerai secara baik selepas hasil pertemuan dengan Puteri Sarah selain berbuka puasa bersama.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan