29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Setel perkenal versi lebih ringan, Setel Lite

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SETEL memperkenalkan aplikasi pembayaran terus melalui telefon bimbit di pam dalam versi yang lebih ringan yang dikenali sebagai Setel Lite.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab. Manan berkata, dengan saiz muat turun yang kecil, aplikasi itu boleh digunakan pada peranti yang dilengkapi Android 4.4 atau EMUI 3 ke atas dan mampu berfungsi dengan sambungan internet perlahan seperti EDGE, 2G dan 3G.

Katanya, Setel Lite dibina hasil daripada maklum balas pelanggan, memahami kesukaran urus niaga yang mereka hadapi dan sentiasa berinovasi demi mobiliti inklusif.

“Menerusi Setel Lite, kami berharap dapat menjadikan pengalaman mengisi petrol lebih mudah diakses dan mesra pengguna kepada segmen komuniti yang kurang diberi perhatian dan mereka yang mempunyai isu sambungan selular serta fungsi telefon yang terhad.

“Setel Lite juga berharap dapat mengurangkan kebimbangan dalam penggunaan aplikasi untuk mengisi petrol disebabkan ciri-ciri yang canggih, terutamanya dalam kalangan warga emas.

“Aplikasi ini juga merupakan satu inisiatif mendorong ke arah masyarakat tanpa tunai untuk pelanggan yang sering bergantung kepada penggunaan tunai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mazlin Erawati berkata, pengguna Setel Lite masih boleh menggunakan dompet untuk membayar petrol dari kenderaan, memperoleh sehingga 3 kali mata ganjaran Mesra dan menyemak mata ganjaran seperti versi penuh.

“Pengguna juga boleh menambah nilai dompet Setel menggunakan wang tunai melalui e-baucar yang boleh dibeli di stesen Petronas di seluruh negara dan perbankan dalam talian.

“Selain itu, pengguna Dompet Keluarga yang membayar petrol untuk ahli keluarga, boleh menggalakkan mereka menggunakan Setel Lite sekiranya versi ringan aplikasi ini lebih sesuai dengan pilihan dan keperluan mereka,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan