24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

8 mangsa sindiket penipuan kerja di Dubai dibawa pulang

KLN turut mengesahkan dua warganegara yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di sempadan Thailand-Myanmar telah diselamatkan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negeri (KLN) melalui Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah berjaya membawa pulang lapan orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai.

Wisma Putra dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, kesemua mereka telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam.

“Mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu proses siasatan selanjutnya,” katanya.

Kata Wisma Putra, KJM di Dubai telah mengambil tindakan segera bagi membantu menyelamatkan mereka setelah menerima makluman berhubung perkara itu.

“Kementerian ini merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan UAE atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan dalam membantu dan mempercepatkan proses penghantaran pulang kesemua mangsa.

Baca juga:   Vaksin: Khairy tegur industri kenakan caj tambahan melampau

“Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Datuk Seri Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan bagi membawa pulang kesemua mangsa ke tanah air dengan selamat.

“KLN melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia di luar negara,”katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, KLN turut mengesahkan dua warganegara yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di sempadan Thailand-Myanmar telah berjaya diselamatkan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

“Kedua-dua mangsa kini sedang melalui proses siasatan dan perundangan di negara itu sebelum dihantar pulang ke tanah air,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   KJ layak jadi PM suatu hari nanti - Ismail Sabri

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan