30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

MoU 5 gabungan politik Kerajaan Perpaduan dibuat telus

Menerusi MoU itu, seramai 148 Ahli Parlimen yang membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga, bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Perjanjian persefahaman (MoU) lima gabungan politik dalam Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam, dibuat secara telus.

Beliau berkata, menerusi perjanjian itu, seramai 148 Ahli Parlimen yang membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga, bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

“Ia bagi memacu ekonomi negara dengan lebih berkesan sekali gus memakmurkan kehidupan rakyat berbilang agama dan bangsa tanpa sesekali membelakangi asas-asas utama negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya menerusi Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, semua terma dalam MoU itu diperhalusi dan diolah bagi memastikan orientasi serta dasar perjuangan parti yang membentuk kerajaan tidak sesekali dikompromikan.

Baca juga:   Najib cadang Malaysia beli vaksin lebihan dari Amerika Syarikat

“Yang lebih penting perjanjian ini dibuat secara telus dan bukannya secara berahsia dan senyap-senyap sebagaimana pengalaman terdahulu,” katanya.

Dalam hantaran sama, Asyraf Wajdi turut berkongsi dokumen perjanjian berkenaan yang mengikat parti-parti yang bergabung membentuk kerjasama dan permuafakatan bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Semalam, lima gabungan politik menyatakan komitmen mereka menyokong Kerajaan Perpaduan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan ketidaktentuan politik pada masa depan melalui Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan.

MoU itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN) Datuk Loretto S Padua Jr (Warisan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS) dan Datuk Seri Marsidi Manjun (GRS).

Baca juga:   Bot tunda, tongkang pindah muatan tanpa kebenaran ditahan

Perjanjian kerjasama itu turut ditandatangani oleh ketua gabungan iaitu Anwar (PH), Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan