25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Usah gadai masa depan negara kerana cuti singkat – Zahid

Jadikan pengalaman kerosakan sosioekonomi lalu sebagai ikhtibar apabila dihidangkan sekali lagi dengan tawaran yang sama oleh lawan BN.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAH gadai masa depan negara hanya kerana terpesona dengan cuti singkat 48 jam berbanding musibah terpaksa ditempuhi untuk tempoh yang lama.

Ingatan itu diberikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan tawaran cuti oleh parti lawan BN dalam berkempen.

Katanya, jangan hanya kerana mahu dapat cuti dua hari sepertimana ditawarkan Perikatan Nasional (PN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kesudahannya dapat ketidakstabilan dan ‘ketidakmakmuran’ berpanjangan.

“Dulu pernah dapat cuti dua hari daripada PH selepas PRU14, kesudahannya sebahagian rakyat dapat `cuti panjang’ disebabkan hilang pendapatan atau pekerjaan.

“Jadikan pengalaman kerosakan sosioekonomi lalu sebagai ikhtibar apabila dihidangkan sekali lagi dengan tawaran yang sama oleh lawan BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, berbanding tawaran BN cuti bergaji pada hari lahir bersifat komprehensif dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta mengiktiraf sumbangan golongan pekerja.

Advertisements

Katanya, masa tidak menunggu kita.

“Jangan kata 48 jam yang ditawarkan, lima jam pun sudah cukup untuk lawan BN menambahkan lagi kerosakan kepada negara.

“Memang benar masa tidak menunggu kita kerana dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi dunia tahun depan.

“Malaysia hampir pasti tidak terlepas daripada tempiasnya dan segala perancangan untuk mendepaninya perlu diperkukuh dan distabilkan.

“Insya-Allah satu-satunya yang dapat memastikan kestabilan dan pengukuhan itu dengan mengembalikan kerajaan BN yang mutlak dan dominan pada 19 November ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan