28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

LRT : Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRASARANA Malaysia Bhd (Prasarana) akan memberi pampasan kepada pengguna transit aliran ringan (LRT) yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan dengan melanjutkan tempoh sah laku pas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, lanjutan tempoh sah laku pas itu seperti My50, iaitu pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL, akan bergantung kepada pihak pengurusan Prasarana.

“Kami melihat tidak adil jika seminggu tidak boleh guna (LRT) tetapi tetap membayar. Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.

Advertisements

“Saya telah dapat kepastian daripada Prasarana, itu yang akan dilakukan,” katanya dalam sidang media berhubung isu gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya, hari ini.

Prasarana telah mengumumkan 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November lepas ekoran gangguan sistem. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan