31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hospital Cyberjaya tak diswastakan, jadi hospital awam – KJ

Hospital Cyberjaya itu juga merupakan hospital pakar major yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dengan peralatan dan teknologi canggih serta dilengkapi dengan lapan dewan bedah dan mesin CT-Scan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HOSPITAL Cyberjaya yang pada awalnya telah diputuskan untuk diswastakan kini dipersetujui menjadi sebuah hospital awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri sebulat suara bersetuju Hospital Cyberjaya menjadi hospital awam.

“Hospital Cyberjaya pada awalnya telah diputuskan untuk diswastakan. Setelah saya bentangkan ke Kabinet keperluan supaya ia menjadi hospital awam, alhamdulillah DS Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri sebulat bersetuju supaya akses kesihatan lebih meluas kepada semua lapisan masyarakat.

“Dengan kapasiti lebih 200 katil dan 15 bidang kepakaran yang ditawarkan, kedudukan Hospital Cyberjaya yang strategik, maka ia boleh dijadikan sebagai ‘primary responding hospital’ untuk sebarang kes di pintu masuk negara iaitu KLIA,”, katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Khairy lagi, Hospital Cyberjaya itu juga merupakan hospital pakar major yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dengan peralatan dan teknologi canggih serta dilengkapi dengan lapan dewan bedah dan mesin CT-Scan.

“Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas pengoperasiannya hari ini,” katanya.

Hospital Cyberjaya yang mula dibina pada 15 Ogos 2017 di atas tapak berkeluasan 5.2 hektar dengan ketinggian sembilan tingkat telah diserahkan kepada KKM pada 15 Jun 2021.

Hospital itu antara lain akan dilengkapi dengan 288 katil, blok kecemasan dan juga kemudahan 1,006 parkir termasuk 790 di parkir bertingkat.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan