31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Usah persoal lagi, Ismail Sabri PM dari BN

Soalan panas itu merupakan apa yang ingin diketahui pengundi setelah ada ura-ura serta khabar angin bertiup kencang jawatan tersebut bakal dikemudikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NAMPAK gayanya, selain keistimewaan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di mana-mana kerusi baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), soalan mengenai siapa calon Perdana Menteri (PM) BN pasti akan mendominasi.

Nyata soalan panas itu merupakan apa yang ingin diketahui pengundi setelah ada ura-ura serta khabar angin bertiup kencang jawatan tersebut bakal dikemudikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bahkan, ada yang sesuka hati menyatakan keputusan untuk mengadakan PRU15 ini merupakan langkah Zahid untuk bergelar Perdana Menteri.

Isu ini kemudiannya digunakan pihak pembangkang yang mewarwarkan sesiapa sahaja yang memberikan undi buat calon BN, seolah-olah akan memberi undi kepada Ahmad Zahid.

Semalam, media melaporkan bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa memberi amaran kepada pengundi dengan menyatakan memberi undi kepada Khairy Jamaluddin secara dasarnya bermakna mengundi Ahmad Zahid.

“Ia tidak relevan sama ada dia lelaki baik atau lelaki jahat. Siapa yang dia wakili. Apabila anda mengundi Khairy, anda sebenarnya mengundi Zahid,” kata Sivarasa kepada pemberita ketika hadir di pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk memberi sokongan kepada calon PKR, R Ramanan.

Baca juga:   Cuepacs cadang penetapan gaji minimum penjawat awam

Bagaimanapun kenyataan Sivarasa itu disangkal mudah dengan seloroh Khairy di majlis serta lokasi yang sama.

“Satu undi untuk saya… satu undi untuk KJ (Khairy Jamaluddin) di Sungai Buloh… Naratif ini mesti diperjelaskan,” balasnya.

Baca juga:   Desak bubar Parlimen beri persepsi UMNO rakus, bongkak

Malah tegas Khairy lagi, beliau akan sentiasa mendukung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM BN.

“Calon PM BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob… dan saya akan mendukung Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon PM seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri. Tak ada kekeliruan,” tegasnya.

Begitu juga antara soalan yang dilontarkan kepada calon BN Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan.

Beliau menyatakan soal siapa calon PM BN itu adalah merupakan keputusan parti dan sudah pun diperjelaskan berkali-kali oleh Presiden BN sendiri.

Malah menurut Ketua Penerangan UMNO itu, keputusan untuk PRU15 juga tidak ada kena mengena untuk mengugurkan mana-mana kes mahkamah.

“…jauh sekali nak menamakan calon PM lain selain daripada keputusan parti. Keputusan parti ini jelas iaitu andai kata BN diberi mandat, nama yang akan diangkat untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong adalah PM sedia ada

“Itu adalah keputusan parti dan saya yakin seluruh kepimpinan parti termasuk Presiden UMNO sendiri… Presiden BN berkali-kali dah bercakap yang memang inilah keputusan parti yang akan dipatuhi ataupun di bawa,” tegasnya.

Sebelum pengumuman calon BN, tular di media sosial hampir semua Menteri Kabinet dalam pentadbiran Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO digugurkan daripada senarai calon.

Beberapa nama tersebut yang tular dalam media sosial digugurkan daripada senarai calon adalah Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol) dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran).

Baca juga:   Da'i Syed tidak mengaku cabul, seks luar tabii penuntut kolej
Baca juga:   Ceroboh tanah kerajaan Selangor: Kuala Langat tertinggi

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar juga namanya dikatakan terkeluar daripada senarai calon.

Mesej tular berkenaan seolah-olah memberi gambaran mengenai ‘kuasa’ yang dimiliki Ahmad Zahid sehingga mampu menjadi PM sekiranya BN diberikan mandat pada PRU15.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Gabungan PN, BN dah tak relevan – Puad Zarkashi

GABUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baru disifatkan sudah tidak lagi relevan. Bahkan menurut Ahli...

Lagi Artikel Berkaitan