28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis perjelas isu tular khemah diguna untuk majlis berunsur politik

Isu berkenaan telah tular di media sosial baru-baru ini dengan dikatakan khemah milik PDRM digunakan bagi menganjurkan majlis berunsur politik.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS telah mengeluarkan arahan segera supaya khemah milik pasukan keselamatan berkenaan di sebuah majlis berunsurkan politik tidak dipasang.

Malah menurut Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid, kelulusan penyewaan khemah juga dibatalkan serta merta.

Menurutnya, isu berkenaan telah tular di media sosial baru-baru ini dengan dikatakan khemah milik PDRM digunakan bagi menganjurkan majlis berunsur politik.

“Hal ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat. Dimaklumkan, pihak polis telah menerima satu permohonan menyewa khemah milik kelab polis IPD Taiping daripada individu atas urusan majlis kesyukuran dan permohonan tersebut telah diluluskan.

“Bagaimanapun, setelah anggota yang bertugas tiba di lokasi, didapati situasi tempat pemasangan khemah tersebut mempunyai unsur aktiviti politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Razlam lagi, bagi mengelak timbulnya padangan dan persepsi negatif serta boleh mencamarkan imej PDRM sebagai sebuah badan berkecuali, arahan segera telah dikeluarkan supaya khemah tidak dipasang.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan