28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kuasa SPR hentikan PRU15 sekiranya banjir besar – Ismail Sabri

Persediaan bagaimanapun telah dilakukan lebih awal iaitu dua bulan sebelum pembubaran Parlimen berlaku dengan melibatkan semua agensi di seluruh negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN untuk menghentikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berlaku banjir besar, tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persediaan bagaimanapun telah dilakukan lebih awal iaitu dua bulan sebelum pembubaran Parlimen berlaku dengan melibatkan semua agensi di seluruh negara.

“Kita bersedia tetapi kalau berlaku banjir yang besar, sehinggakan tak membolehkan orang nak keluar (mengundi) sebagainya, maka saya akan berbincang dengan pihak SPR kalau ada alternatif lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Kenduri Rakyat di Kemayan, Bera, Pahang, hari ini.

Ujar Ismail Sabri, sekiranya keadaan banjir di luar jangka, maka perbincangan akan dijalankan dengan semua agensi terlibat.

“Kita akan bincanglah dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan berbincang, tiada menteri yang terlibat kerana kerajaan caretaker.

“Mungkin saya akan panggil semua Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebagainya untuk berbincang.

“SPR pun boleh beri pandangan, kalau SPR nak menghentikan pilihan raya itu terserah kepada SPR, kerana pilihan raya adalah keputusan SPR,” katanya.

Terdahulu, MetMalaysia dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh akan bermula lebih awal daripada dijangka iaitu pada 7 November ini berlarutan sehingga Mac 2023.

Menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, jangkaan itu melibatkan empat hingga enam luruan monsun hujan lebat berpotensi banjir.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan