26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1 undi BN, 1 undi Zahid usaha pembangkang wujudkan persepsi

Sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon Perdana Menteri daripada BN selepas PRU15.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PIHAK pembangkang hanya ingin mewujudkan persepsi dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan membuat dakwaan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon Perdana Menteri daripada BN selepas PRU15.

“Saya pun dengar perkara itu, tetapi semalam saya dah perbetulkan persepsi itu… pihak pembangkang hanya nak wujudkan persepsi sedangkan saya (sudah) cakap Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sudah putuskan selagi perkara itu tidak di ‘reversed’ dalam mesyuarat.

“Keputusan itu kalau nak ubah mesti dalam MT, mesti diubah dalam PAU,” katanya ketika ditemui media pada Program Kenduri Rakyat di Kemayan, Bera, Pahang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan itu yang dijadikan modal pembangkang di media sosial, tular sejak kebelakangan ini.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. 

Terdahulu, Ismail Sabri menegaskan tidak berminat untuk membuat sebarang serangan peribadi mana-mana individu dan lebih selesa menonjolkan ‘produk’ sendiri.

“Serangan-serangan itu saya rasa taktik tu strategi lama… bagi saya zaman sekarang dengan pengundi-pengundi muda dan sebagainya pemikirannya dan berbeza dari dulu.

“Mungkin mereka tak suka dengan serangan-serangan peribadi yang kadang-kadang kurang tepat dari segi fakta… rakyat semakin bijak dan matang,” tegasnya.

Menurut beliau, jentera BN akan mengedarkan risalah seperti bajet yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan