28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Rina Harun calon PN di Parlimen Sepang

Rina penyandang Parlimen Titiwangsa berpindah ke Sepang yang dimenangi Mohamed Hanipa Maidin pada 2013 dan 2018.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun diumumkan bertanding di kerusi Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRu-15) pada 19 November ini.

Pengumuman itu disampaikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang malam tadi.

“Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi PN secara rasmi telah mengumumkan saya sebagai calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen P.113 Sepang untuk PRU-15.

“Pengumuman yang dibuat semasa program Jelajah Prihatin Sepang ini merupakan satu penghormatan buat wanita.

“Insya-Allah amanah ini akan dipikul dengan sepenuh jiwa.Terima kasih YB Tan Sri Muhyiddin, seluruh pucuk pimpinan PN serta Bersatu atas kepercayaan yang diberikan.

“Sepang sentiasa di hati, keluarga saya sendiri berasal dari daerah ini. Sebagai anak jati daerah yang saya cintai ini, akan diperjuangkan suara rakyat Sepang demi kebaikan kita bersama.

“Kepada semua, saya pohon doa serta restu untuk saya berkhidmat di Sepang. Semoga PN beroleh kejayaan! Insya-Allah,” tulis Rina menerusi hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Pengumuman itu sekali gus menjawab desas-desus sebelum ini bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan diletakkan di kerusi panas berkenaan.

Rina penyandang Parlimen Titiwangsa berpindah ke Sepang yang dimenangi Mohamed Hanipa Maidin dari parti Amanah pada 2013 dan 2018.

Dengan pengumuman itu, Rina bakal berentap dengan dua lagi pemimpin wanita dari parti lawannya iaitu Ketua Pejuanita Pejuang, Che Asmah Ibrahim dan Ketua Wanita Pakatan Harapan, Raj Munni Aiman Athirah.

Parlimen Sepang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Sepat, Sungai Pelek dan Dengkil.

Mohamed Hanipa memenangi Parlimen Sepang dengan majoriti 1,142 undi dalam saingan empat penjuru pada PRU-13 dan berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18,705 undi, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas pada PRU14.

Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada PRU15 kerana Amanah mahu memberi peluang kepada muka baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan