29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KTMB sedia tren khas balik mengundi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik untuk anda dari Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)!!.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi KTMB, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), KTMB akan menyediakan perkhidmatan tren khas Keluarga Malaysia ke Pantai Timur, serta lapan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 18 November hingga 20 November ini.

Penjualan tiket akan dibuka mulai jam 2 petang hari ini.

Menurutnya, sebanyak 716 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan tren khas dan 2,520 tiket bagi perkhidmatan tren ETS disediakan sepanjang tempoh itu.

Tren khas akan berlepas pada 3.40 petang (18 Nov) dari Stesen KL Sentral dan dijangka tiba pada 7.40 pagi (19 Nov) di Stesen Tumpat.

Tambahnya, tren dari Stesen Tumpat pula akan berlepas pada 5.10 petang (20 Nov) dan tiba pada 11.26 pagi (21 Nov).

Perkhidmatan tren ETS tambahan melibatkan laluan Stesen KL Sentral ke Stesen Padang Besar dan sebaliknya serta Stesen Butterworth ke Stesen KL Sentral, turut disediakan pada tarikh sama.

Dapatkan tiket anda melalui https://bit.ly/3kWOQv5 atau aplikasi KTMB Mobile dan di semua mediaum pembelian tiket KTMB. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan