30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Diskaun 50 peratus bagi perkhidmatan ETS sepanjang Julai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan ini.

Menerusi kenyataan KTMB berkata, promosi itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat di negara ini menjimatkan perbelanjaan ketika melancong menggunakan perkhidmatan kereta api. 

Untuk itu, katanya, promosi yang ditawarkan hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.

“Tawaran istimewa tersebut boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

“Pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu dengan menggunakan kod promo seperti yang dinyatakan dan dikhususkan bagi kategori tiket dewasa sahaja. 

“Pengguna bole membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua hala untuk ke mana-mana destinasi laluan ETS,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, KTMB berkata, syarikat itu turut memperkenalkan inisiatif baharu untuk warga emas melalui pemberian diskaun tambahan sebanyak RM5 daripada jumlah tambang perjalanan bagi semua perkhidmatan ETS termasuk kelas perniagaan. 

Katanya, promosi itu telah bermula pada 1 Julai lalu dan boleh digunakan sehingga Disember depan. 

“Ketika ini, KTMB turut menawarkan potongan harga tiket sebanyak 50 peratus kepada semua warga emas warga Malaysia yang telah membuat pendaftaran melalui aplikasi KTMB mobile

“Bagi menikmati tawaran istimewa ini, warga emas yang telah mendaftar konsesi perlu menggunakan kod promo PRIHATINEMAS semasa membuat pembelian tiket.

“Tawaran istimewa ini boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa sehingga Khamis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan