30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dipelawa sertai PN, Ka Siong kata ‘NO’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“NO (tidak),” itu kenyataan balas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai menolak tawaran Perikatan Nasional (PN).

Ini susulan cadangan Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menyertai gabungan itu seterusnya diberi kerusi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Kenyataan ringkas dan tegas tersebut menerusi hantaran di Facebook beliau sekaligus menggambarkan parti gabungan Barisan Nasional (BN) tersebut kekal menyokong kerajaan perpaduan.

Ia juga seakan suatu isyarat bahawa MCA akan terus kekal bersama BN.

Advertisements

Ka Siong turut berkongsi tangkap layar laporan berita yang menyebut Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sedia memberi MCA dan MIC kerusi campuran jika keluar BN.

Terdahulu Muhammad Sanusi mencadangkan MCA dan MIC keluar daripada BN kerana telah disisihkan selepas BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, PN juga sedia menawarkan kerusi kepada kedua-dua parti berkenaan di kawasan undi campuran jika menyertai PN.

Media sebelum ini melaporkan MCA dan MIC memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRN di enam negeri bulan depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan