34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KTMB sedia tren tambahan sempena Aidiladha

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) sempena sambutan Aidiladha kali ini.

Pengendali perkhidmatan pengangkutan rel negara itu dalam dalam satu kenyataan memaklumkan, ia membabitkan dua laluan bagi KL Sentral-Padang Besar dan sebaliknya serta dua laluan bagi KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya.

“Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula daripada 27 Jun sehingga 2 Julai. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 36 trip sehari, berbanding pada hari biasa iaitu 32 trip sehari,”menurut kenyataan berkenaan.

Tiket tren tambahan akan mula dijual pada 1 Jun ini, bermula jam 10 pagi.

Operasi tren ETS tambahan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral akan ditambah kepada 12 perkhidmatan tambahan dengan 3,780 tiket ditawarkan bagi 27 Jun hingga 2 Julai.

Laluan KL Sentral-Butterworth – KL Sentral pula ada 12 perkhidmatan dengan 3,780 tiket tambahan dikeluarkan, juga bagi tarikh 27 Jun hingga 2 Julai.

Kata kenyataan itu lagi, penambahan tren ETS ini adalah bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan serta dapat mengelakkan kesesakan trafik setiap kali pulang ke kampung halaman.

“Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 7,560 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan,”jelasnya.

KTMB turut menyarankan orang ramai membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus di laman sesawang rasmi KTMB.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.

“Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200,” jelas KTMB. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan