34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kapal pengangkut China ditahan bawa peluru meriam lama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal pengangkut dari China yang membawa besi buruk dan peluru meriam lama dipercayai zaman Perang Dunia Kedua pada kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang, Kota Tinggi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Zon Maritim Tanjung Sedili pada mulanya menahan kapal tersebut kerana bersauh tanpa kebenaran Jabatan Laut pada jam 12.45 tengah hari.

“Mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi rutin di perairan Johor timur.

“Hasil pemeriksaan, kapal tersebut dikendalikan 32 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga Malaysia berusia antara 23 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk dan telah menjumpai peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Warisan Negara untuk mengenal pasti peluru yang dijumpai di atas kapal tersebut.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan