26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Dua nelayan asing ditangkap guna bubu naga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEGIATAN dua nelayang asing menangkap ikan dengan menggunakan bubu naga tumpas susulan penahanan sebuah bot di perairan Sekinchan, Rabu lalu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd. Shahrenliza Ghazali berkata, bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan pada kedudukan sekitar 1.7 batu nautika barat daya Sekinchan.

Katanya, Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua nelayang itu tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan terdapat 40 set bubu naga dipercayai untuk aktiviti menangkap ikan.

“Bot, dua nelayan warga Indonesia berumur 39 dan 32 tahun ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Anggaran nilai rampasan bubu naga kali ini adalah berjumlah RM 2,000 di mana setiap set bubu naga adalah bernilai RM 50,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Mohd. Shahrenliza berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan bot dan peralatan menangkap ikan yang tidak berlesen oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, penangkapan ikan atau hasil laut menggunakan bubu naga boleh mengancam pertumbuhan habitat marin yang berpotensi menyebabkan kepupusan spesis ikan dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukannya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan