28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KTMB tawar tren khas sempena Aidiladha ke Pantai Timur

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) istimewa ke pantai timur sempena Hari Raya Aidiladha.

KTMB menerusi kenyataan berkata, sebanyak 912 tiket diperuntukan menerusi dua perjalanan tren ekspres yang beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya. 

Katanya, penawaran itu juga sebagai sokongan kepada kerajaan dalam mengatasi penggunaan jalan darat yang sering kali sesak dengan kadar trafik yang tinggi, khususnya di musim perayaan. 

“KTMB menawarkan tren khas kepada warga pantai timur untuk pulang ke kampung sempena Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi. Kebiasaannya jalan raya akan sesak terutamanya ke pantai timur pada musim perayaan. 

“Perkhidmatan tren khas ini menawarkan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas untuk balik kampung, malah turut memberi peluang kepada pelancong mengunjungi lokasi pelancongan di pantai timur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan