28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Isu Laut China Selatan jadi keutamaan – Mohamad

Mesti Baca

ISU Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk memperhebat rundingan dengan China bagi merealisasikan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Mohamad berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas “Breakfast Talk: Five Power Defence Arrangements (FPDA)” yang dihoskan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr. Ng. Eng Hen di luar Dialog Shangri-la ke-20, hari ini.

Mohamad berkata, Malaysia terus berhasrat menjadi rakan kongsi yang dipercayai dan berhubung dengan ahli FPDA bagi memastikan keamanan dan kemakmuran rantau ini.

FPDA ialah satu siri hubungan pertahanan dua hala antara Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.

“Malaysia melihat keperluan bagi FPDA mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau melalui kerjasama pertahanan terhadap cabaran mendesak mengenai ancaman keselamatan bukan tradisional,” kata Mohamad.

Beliau berkata, Malaysia mencadangkan FPDA sebagai laluan untuk kerjasama strategik dan pertahanan yang lebih besar dalam latihan dan pembinaan kapasiti.

“Malaysia akan bekerjasama rapat dengan ahli FPDA untuk meneruskan kerjasama dalam memperkukuh industri pertahanan, memajukan teknologi bersama, dan menjalankan latihan bersama,” katanya.

Mohamad berkata, Malaysia akan mengukuhkan kedudukannya dalam FPDA, antara lain, mengadakan komunikasi strategik dengan empat anggota lain, termasuk mesyuarat tetap antara Menteri Pertahanan negara anggota bagi membincangkan keselamatan global semasa dan masa depan.

Beliau berkata, walaupun FPDA dan ahli-ahlinya menikmati hubungan rapat antara satu sama lain, “Malaysia tidak akan berpihak dan menegaskan kedudukan negara tidak bersekutu (non-aligned state),” katanya. – BERNAMA

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan