28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

DUN Selangor terbubar automatik 25 Jun – Amirudin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tinggal 23 hari sahaja lagi sebelum berakhirnya penggal kali ini kerana itu merupakan tempoh maksimum sebelum DUN terbubar dengan sendirinya.

“Ini bermakna, kita hanya boleh tangguh selama 23 hari sahaja dari sekarang.

“Selepas tarikh tersebut, pasti akan terbubar,” katanya kepada media dalam Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam hari ini. 

Advertisements

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor baru-baru ini dilihat mengemas dan mengosongkan pejabat masing-masing, sekali gus menguatkan lagi spekulasi DUN akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Amirudin berkata, beliau menunggu perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berkenaan tarikh pembubaran.

“Saya tidak berada di posisi untuk mengumumkan tarikh tersebut kerana perlu mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.

“Saya kini sedang menunggu perkenan Tuanku untuk sesi menghadap. Minggu lepas saya telah menghadap dan Tuanku juga sedang berkira-kira tarikh pembubaran berkenaan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sukuk wakalah Samaiden terima penarafan RAM

SAMAIDEN Group Berhad, pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) dan...

Lagi Artikel Berkaitan