24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mayat rentung dalam kereta di Lebuh Raya Koridor Guthrie

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU mayat rentung ditemui di tempat duduk pemandu dalam sebuah kenderaan yang terbakar 100 peratus di Kilometer 2.0 Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.15 pagi berhubung kebakaran kenderaan itu.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dengan kekuatan lapan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian, bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Mazda terbakar 100 peratus.

“Bomba menemui satu mayat rentung tanpa identiti di tempat duduk pemandu, mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa yang rentung tidak dikenalipasti identiti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit.

“Kira-kira jam 1.35 pagi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima satu laporan berkenaan kemalangan jalan raya kira-kira 150 meter sebelum tol Bukit Jelutong.

Advertisements

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Mazda warna merah tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri pengadang jalan dan kemudian terbakar.

“Mangsa yang belum dikenalpasti identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana turut terbakar bersama kenderaan yang dipandunya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,”katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Susulan itu, polis kini sedng mengesan saksi bebas di tempat kejadian dan waris mangsa kemalangan.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat (BSPT) IPD Shah Alam Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan