31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PRU15 : Tok Mat berdepan saingan lima penjuru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang pertama kali bertanding di Parlimen Rembau berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131.

Pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Seri Rembau pagi tadi, kesemua calon hadir bersama wakil parti dan penyokong mereka seawal pukul 8 pagi.

Mohamad atau mesra disapa Tok Mat berdepan dengan cabaran daripada calon empat parti lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keempat-empat pesaing beliau ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM).

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau, Mohamad Najib Mustafa.

Advertisements

Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) Jufitri Johar dan Pejuang, Ramly Awaluddin antara paling awal tiba masing-masing pada jam 8.20 dan 8.30 pagi.

Ia disusuli calon PSM, S Tinagaran pada jam 8.40 pagi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan pada jam 8.50 diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazree Mohd Yunus tiba pada jam 9 pagi.

Pada PRU14 (2018), bekas penyandang kerusi itu Khairy Jamaluddin yang kini bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 6,028 undi selepas memperolehi 36,096 undi.

Khairy menewaskan pencabar terdekatnya ketika itu Roseli Abdul Ghani daripada PKR yang memperoleh 31,732 undi.

Parlimen Rembau mempunyai seramai 133,461 jumlah pengundi membabitkan empat Dewan Undangan Negeri iaitu Kota Chembong, Rantau dan Paroi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan