29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

PRU15 : Pertandingan tujuh penjuru di Parlimen Sungai Buloh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERUSI Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang beralih ke kerusi Parlimen Sungai Buloh itu, akan berdepan dengan saingan enam calon lain yang telah mengesahkan penyertaan mereka.

Calon berkenaan terdiri Datuk R. Ramanan (PH-PKR), Mohd Ghazali Md Hamin (PN-Pas), Mohd Akmal Mohd Yusoff (GTA-Pejuang) , Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff serta Nurhaslinda Basri.

Advertisements

Pengumuman itu dibuat pada pukul 11 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Sungai Buloh, Mohd Jusni Hashim di pusat penamaan calon Sungai Buloh di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Terdahulu, kesemua calon tiba antara pukul 8.30 hingga 8.45 pagi bersama penyokong dan pencadang masing-masing. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan