29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM sertai solat hajat perdana, mohon negara sejahtera

Ismail Sabri dalam satu hantaran Facebook memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada beliau dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyertai ratusan jemaah di Masjid Darul Fikri Daerah Bera, Pahang, bagi menunaikan solat hajat perdana.

Beliau yang berbaju kurta berwarna biru tiba di Masjid Darul Fikri kira-kira pukul 8.14 malam sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Darul Fikri, Ahmad Hakim Samsudin.

Dalam doa yang dibacakan Ahmad Hakim, memohon agar negara dalam suasana sejahtera untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selain mengeratkan hubungan silaturahim seluruh Keluarga Malaysia.

Juga disebut dalam bacaan doa itu, supaya rakyat Malaysia bersatu hati dengan semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam membina negara ke arah kestabilan dan kemakmuran nusa tercinta.

Selain itu, jemaah turut mengaminkan doa yang memohon rakyat Malaysia dijauhkan dari perbalahan, persengketaan dan perpecahan akibat perbezaan fahaman politik, yang memusnahkan silaturahim dan keharmonian Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan bangsa.

Advertisements

Terdahulu, Ismail Sabri dalam satu hantaran Facebook memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada beliau dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang.

“Pada 19 November ini (Sabtu), Keluarga Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan negara ini terus ditadbir dengan baik.

“Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan