28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PN tidak beri mandat kepada Takiyuddin runding dengan BN

Tujuan PN bertanding pada PRU15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tujuan PN bertanding pada PRU-15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Saya berdoa dengan izin Allah S.W.T dan sokongan padu rakyat, Perikatan Nasional akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Takiyuddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin PN dan BN akan menerima penggabungan membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-15.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima PH walaupun perlu gabungan.

Advertisements

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini, namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Kajian Merdeka Center melaporkan, sukar meramal keputusan pilihan raya umum dengan berkemungkinan tiada satu pun gabungan yang mampu membentuk kerajaan secara bersendirian selepas PRU15.

Pusat yang membuat kajian mengenai pandangan orang ramai itu, berkata ada “kemungkinan besar” tiga atau lebih parti atau gabungan diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan