24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PN sedia pengangkutan pada hari mengundi

Inisiatif itu juga bagi memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENTERA Perikatan Nasional (PN) mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pengundi pada hari pengundian, Sabtu ini.

Menurut calon PN Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, langkah tersebut dilaksanakan sebagai alternatif memudahkan pengundi membuang undi sekiranya hujan berterusan melanda pada hari tersebut.

“Inisiatif itu juga bagi memastikan peratusan keluar mengundi tinggi. Kita mahu jumlah peratusan tinggi kerana kita yakin yang keluar mengundi itu mengundi PN,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja kempen pada minggu akhir akan terus dipergiatkan.

Advertisements

“Kita akan pastikan jentera bergerak secara efektif bagi memastikan malamnya diumumkan Putrajaya milik PN,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mohd. Radzi dalam pada itu turut menyeru agar pengundi Putrajaya keluar mengundi terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman untuk pasangan membuang undi.

“Saya mohon pengundi khususnya Putrajaya kalau kata nak balik kampung untuk pasangan pengundi di kampung, undi dulu di sini,” katanya.

Mohd. Radzi berhadapan dengan lima calon lain antaranya penyandang empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan