25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

PDRM buka 30 kertas siasatan sepanjang kempen PRU-15

Polis turut menahan 14 individu membabitkan kes yang dilaporkan di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka 30 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Pengarah Operasi PRU-15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan lapan kertas siasatan di Sabah, Johor (empat), Kelantan (empat), Selangor (tiga) dan masing-masing dua di Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Sarawak serta satu di Terengganu.

Menurut beliau, kertas-kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 504, 435, 506, 505, 147, 427, 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 dan beberapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

“Selain itu, kami turut menahan 14 individu membabitkan kes yang dilaporkan di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Angkara cemburu pelajar dipukul, ditekap seterika panas

Ujar Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, antara laporan yang diterima pihaknya membabitkan kes kanak-kanak digunakan dalam kempen di Sandakan.

“Kami menerima laporan daripada pengadu yang melihat rakaman video menunjukkan 13 kanak-kanak yang berada di atas pentas bersama seorang calon parti bertanding.

“Semua kanak-kanak itu turut memakai baju mempunyai lambang calon parti berkenaan dan dilibatkan dalam kempen pilihan raya dengan melaungkan slogan parti terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan, tiada ceramah yang dikesan dijalankan tanpa permit, semalam.

Baca juga:   Pemuda UMNO saran 3 langkah tangani isu kalimah Allah

“Sebanyak 1,182 permit ceramah dikeluarkan di seluruh negara dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 275 permit diikuti Perak (166), Sarawak (141) serta masing-masing 84 permit di Kelantan dan Pahang,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan