27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 365,686 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada mereka yang layak mengundi secara pos hari ini.

Kertas undi pos itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas undi pos itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, bermula pada 7 November lalu membabitkan 222 Parlimen dan 117 DUN.

Menurutnya, kertas undi berkenaan terdiri daripada 299,097 kertas undi bagi kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media).

“Sebanyak 48,109 kertas undi bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara).

“Manakala sebanyak 15,739 kertas undi kategori Borang 1C (Agensi dan Organisasi) dan 2,741 kertas undi Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

SPR turut mengingatkan semua pengundi supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari mengundi.

“Pengundi juga diingatkan supaya sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di media sosial,” katanya.

SPR menetapkan hari mengundi bagi PRU15 dan PRK DUN Bugaya pada Sabtu ini. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan