29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jangan ‘cucuk-mencucuk’, Ismail Sabri adalah calon PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa musuh-musuh Barisan Nasional (BN) tidak terus cuba ‘cucuk-mencucuk’ parti itu berhubung calon Perdana Menteri yang akan dipilih jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini kerana, tegas Presiden UMNO, parti itu sudah membuat ketetapan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon Perdana Menteri daripada BN.

Tegas beliau, UMNO dan BN sudah membuat keputusan dan mereka akan terus komited untuk menentukan Perdana Menteri yang sedang menjalankan tugas dengan baik di Putrajaya masa kini adalah juga Perdana Menteri selepas PRU-15, Sabtu ini.

“Jangan timbul spekulasi, jangan timbul ramalan, jangan cucuk-mencucuk antara kami, we have no problem at all (kami langsung tidak mempunyai masalah),” katanya semasa berucap kepada jentera BN di Parlimen Tangga Batu, Melaka, baru-baru ini.

Malam tadi, dalam program Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di beberapa stesen televisyen utama, Ismail Sabri berkata, isu siapa bakal Perdana Menteri daripada BN sepatutnya tidak timbul lagi.

Ini kerana, jelas beliau, perkara itu telah disebut Pengerusi BN dan Majlis Tertinggi UMNO juga telah sebulat suara memutuskan bahawa beliau akan terus menggalas jawatan itu sekiranya BN membentuk kerajaan.

Advertisements

“Isu itu sudah jelas dalam UMNO, siapa sebenarnya yang dicadangkan oleh UMNO. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ataupun sebelum Perhimpunan Agung Umno (PAU) memutuskan saya sebagai calon PM sekiranya menang PRU15 nanti.

Ujar Ismail lagi, 156 anggota bahagian perwakilan mencadangkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri dan isu ini seharusnya tidak perlu dibahaskan lagi.

“Daripada segi parti, sudah tidak ada isu, sudah tidak ada soal timbul siapa yang lain dan sebagainya kerana semua peringkat parti telah buat keputusan.

“Apabila timbul isu ini, yang kita nampak tujuannya adalah untuk melaga-lagakan saya dengan Presiden UMNO. Semua Presiden komponen BN membuat statement (kenyataan),” kata beliau lagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan