25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

14 PATI naik bas ke Kuala Lumpur ditangkap Imigresen

Mereka menaiki pesawat dari Indonesia ke Thailand sebelum masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan Malaysia -Thailand dengan berjalan kaki.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja semula di tempat lama mereka bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan dengan majikan baharu lebur apabila mereka ditangkap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kesemua warganegara Indonesia berusia 15 hingga 49 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas yang dijalankan di hentian bas Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 10.00 pagi semalam.

Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM menerima maklumat awam terdapat sekumpulan PATI yang akan dihantar ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

“PATI dipercayai baru masuk ke negara ini secara tidak sah melalui laluan haram di sekitar Chuping, Perlis. Pasukan operasi telah mengesan bas yang membawa sekumpulan 14 orang PATI tersebut di lebuhraya dan bertindak mengekori sehingga ke hentian bas Jalan Duta Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di hentian bas Jalan Duta, pasukan operasi melakukan pemeriksaan ke atas penumpang bas tersebut dan hasil pemeriksaan telah membawa kepada penahanan sembilan orang lelaki dan lima orang perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, pasport kesemua yang ditangkap didapati mempunyai cap keluar Imigresen Thailand dan cap masuk Imigresen Malaysia (Padang Besar) yang disyaki palsu.

Menurutnya, cap masuk imigresen palsu digunakan di dalam pasport mereka bertujuan mengaburi pihak berkuasa kononnya mereka masuk secara sah dan melalui pemeriksaan imigresen.

“Lapan orang daripada mereka dikesan memiliki rekod senarai hitam daripada memasuki Malaysia berdasarkan kesalahan lampau. Selebihnya tidak memiliki sebarang rekod kemasukan,” katanya.

Advertisements

Ujarnya lagi, modus operandi sindiket adalah dengan membawa PATI menaiki pesawat dari Indonesia ke Thailand sebelum masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan Malaysia -Thailand dengan berjalan kaki.

“Kemudian mereka akan menaiki kenderaan ke lokasi yang ditetapkan untuk menaiki bas menuju Kuala Lumpur.

“Kesemua mereka mengaku membayar kepada ejen di negara mereka sebanyak RM5000 hingga RM6000 untuk urusan kemasukan ke negara ini.

“Kesemua mereka juga mengaku tidak membuat pemeriksaan imigresen semasa masuk dan hanya ejen yang menguruskan pasport mereka semasa berada di rumah penampungan.

Menurut beliau, kesemua yang diperiksa ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

“Mereka ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan di bawah akta yang sama,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan