26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Penuntut lapor polis identiti diguna pihak lain untuk mengundi

Berdasarkan laporan polis yang dimuat naik di Facebook oleh Ridzema Naj, penuntut berusia 18 tahun 11 bulan itu terkejut apabila mengetahui namanya telah pun selesai mengundi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penuntut membuat laporan di Balai Polis Bandar Datuk Onn, di sini, susulan kad pengenalannya digunakan oleh individu lain untuk mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara di Johor.

Berdasarkan laporan polis yang dimuat naik di Facebook oleh Ridzema Naj, penuntut berusia 18 tahun 11 bulan itu terkejut apabila mengetahui namanya telah pun selesai mengundi.

“Lebih kurang pukul 2.55 petang, semasa saya berada di saluran 10 untuk mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tempat menyemak nombor kad pengenalan saya.

“Pegawai tersebut telah memaklumkan nama saya telah selesai mengundi sedangkan saya baharu sahaja datang untuk mengundi.

“Saya percaya ada individu lain yang telah menyalahgunakan identiti saya. Saya datang ke balai buat laporan untuk tindakan pihak berkenaan,” kongsinya seperti dalam laporan polis yang dibuat hari ini.

Dalam pada itu, pemilik akaun media sosial Facebook berkenaan menyatakan dalam komen hantaran tersebut, kad pengenalan tersebut telah digunakan pihak ketiga.

“SPR suruh datang pukul 2.00 hingga 4.00 petang tapi maklumat anaknya telah digunakan dan dibuang undi tanpa pengetahuan tuan punya badan sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dah ada 5 kes yang sama di saluran 10 tanpa pengetahuan pemilik sebenar ic (kad pengenalan). Bagaimana prosedur yang ketat SPR seperti ini boleh bolos dan dimanupulasikan,” balasnya.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan