31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Tiga meninggal dunia ketika mengundi

Satu insiden kekecohan membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang merampas dakwat serta menolak peti undi sehingga jatuh di sebuah pusat mengundi di Ulu Yam, Hulu Selangor, hari ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA kes dilaporkan membabitkan pengundi yang meninggal dunia ketika beratur untuk membuang undi di Kelantan dan Johor, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu kes dilaporkan di Kota Bharu, Kelantan, manakala dua lagi kes dilaporkan di Johor.

“Selain itu, ada satu insiden kekecohan membabitkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang merampas dakwat serta menolak peti undi sehingga jatuh di sebuah pusat mengundi di Ulu Yam, Hulu Selangor, hari ini.

“Semakan dilakukan mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod sebagai pesakit mental,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Acryl berkata, beliau sempat melakukan tinjauan di empat pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Amanpuri, Damansara; SK Intan Baiduri, Kepong; SK Setapak Indah dan SK Sungai Kertas, Sri Gombak.

Baca juga:   Suntikan kosong tiada kaitan sindiket jual vaksin - KJ

“Saya dimaklumkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bahawa hampir 46 peratus pengundi membuang undi sehingga 12.45 tengah hari tadi.

“Berdasarkan tinjauan dilakukan, saya mendapati pengundi berpusu-pusu keluar menunaikan tanggungjawab pada sebelah pagi menyebabkan keadaan beberapa pusat mengundi mengalami kesesakan.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan kesesakan di beberapa lokasi mula reda sejak 10.30 pagi tadi ada tempat (pusat mengundi) tidak lagi perlu beratur di luar premis,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan keadaan agak lengang di pusat mengundi menjelang petang ini memandangkan ramai pengundi sudah menunaikan tanggungjawab pada sebelah pagi.

Baca juga:   Dos penggalak: Tiada tindakan undang-undang, ia bukan wajib - Khairy

“Melihat kepada keadaan itu, saya percaya proses membuang undi sehingga 6 petang nanti akan kembali reda berbanding pagi tadi.

“Meskipun keadaan sesak pada sebelah pagi, namun ia terkawal sekali gus memperlihatkan masyarakat adalah matang dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berhemah, tenang dan tenteram,” katanya.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan pihak polis menjelang pengumuman keputusan malam ini, beliau meminta semua pihak supaya menerima apa jua keputusan diumumkan.

“Apa jua keputusan yang akan diumumkan malam ini, kita harap semua pihak menerima keputusan dengan lapang dada.

“Sebagai persediaan, kita pasti sudah bersedia untuk menangani apa juga situasi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tak serik didakwa kali ketiga curi pakaian, seluar dalam lelaki

SEORANG wanita yang juga ibu tiga anak tidak serik-serik apabila dia sekali lagi dituduh atas kesalahan serupa iaitu mencuri...

Lagi Artikel Berkaitan