34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

11 pusat pengundian di Parlimen Baram digantung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 pusat pengundian di Parlimen Baram, Sarawak terpaksa digantung berikutan cuaca buruk yang melanda sekitar kawasan Kuching, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, keputusan itu dibuat berikutan cuaca buruk menyebabkan petugas tidak dapat tiba ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Beliau berkata, pusat mengundi dan saluran mengundi terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah (saluran 1 dan 2), SK Long Luteng (Saluran 2), Rumah Panjang TK Matthew Belulok Lalo Kampung Lepo Gah (Saluran 1 dan 2), SK Long Sait (Saluran 2) dan SK Long Tungan (Saluran 1 dan 2).

Advertisements

Turut digantung, SK Long Moh (Saluran 1 dan 2), SK Long Mekabar (Saluran 1), SK Long Jekitan (Saluran 1 dan 2), SK Long Lamei (Saluran 2), SK Lio Mato (Saluran 1 dan 2) serta SK Long Banga (Saluran 1 dan 2).

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak selepas keadaan selamat untuk petugas dan pengundi tiba ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dengan penggantungan ini, bermakna hanya 220 kerusi Parlimen sahaja yang diadakan pengundian hari ini manakala satu lagi kerusi iaitu Parlimen Padang Serai turut digantung ekoran kematian salah seorang calon yang bertanding. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan