25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Muhyiddin yakin cukup sokongan untuk jadi PM-10

Muhyiddin telah mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa Ahli Dewan Rakyat lain untuk diumumkan sebagai Perdana Menteri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Muhyiddin Yassin yakin beliau memperoleh jumlah sokongan mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat bagi membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pada masa kini beliau telah mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa Ahli Dewan Rakyat lain untuk diumumkan sebagai Perdana Menteri.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memaklumkan sudah pun mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Nor berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan.

Advertisements

Pada PRU-15 semalam, tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) — PKR, DAP, Amanah, MUDA — hanya mampu memperoleh 83 undi, PN dan Pas (73), BN (30), GPS (22), GRS (enam), Warisan (lima) serta masing-masing satu kerusi bagi Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan KDM.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan