24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isham ganti Shahril sebagai Ketua Penerangan UMNO

Mesti Baca

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam itu berkata, beliau sedia menerima jawatan itu kerana mahu meneruskan perjuangan dalam UMNO walaupun parti itu sudah “tidak punya apa-apa”.

Beliau berkata, tanggungjawab yang dipikul itu adalah berat lebih-lebih lagi ketika berada dalam kekalahan dan kesempitan.

“Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi bersama di kala ini, kita tidak boleh berputus asa.

“Sebab saya percaya kita perlu membuat pembaharuan kepada parti dari dalam.

Advertisements

“Saya tidak akan lari dari perjuangan dan akan terus istiqamah dan berkorban untuk parti bersama akar umbi demi agama, bangsa dan tanah air,

‘Sebab itu saya terima tanggungjawab ini dan akan memegang amanah ini dengan sebaiknya walaupun kita sudah tidak punya apa-apa. Doakan saya,” katanya hari ini.

Pelantikan Isham dibuat susulan peletakan jawatan oleh Shahril Sufian Hamdan ekoran prestasi buruk BN dalam PRU-15 semalam.

Isham berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai pelantikan itu oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan juga Setiausaha Agong, Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi selepas perbincangan di antara kepimpinan tertinggi parti.

“Surat rasmi telahpun ditandatangani oleh kepimpinan parti. Saya ucapkan terima kasih ke atas perlantikan ini dan ke atas kepercayaan parti terhadap saya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan