30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Shahril letak jawatan, gesa Zahid turut berundur

Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti UMNO.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan meletak jawatannya susulan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.

Beliau yang tewas di kerusi Parlimen Alor Gajah itu menggesa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar turut meletakkan jawatannya ekoran kegagalan tersebut.

“Saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini… berundur secara terhormat.

“Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya hari ini.

Dalam persaingan empat penjuru di Alor Gajah, Shahril tewas tipis kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Adly Zahari dengan majoriti 890 undi.

Adly daripada Pakatan Harapan memperoleh 28,178 undi sementara Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mendapat 27,288 undi.

Penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof daripada Perikatan Nasional pula memperoleh 17,211 undi manakala calon Pejuang, Muhammad Nazriq Abdul Rahman pula hilang wang deposit.

Advertisements

Ujar Shahril lagi, seperti ramai yang lain, beliau akan kekal setia bersama UMNO.

“Perjuangan parti belum selesai. This is not the end,” kongsinya.

BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah penyertaan dalam pilihan raya umu apabila hanya memperoleh 30 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandinginya.

Malahan Zahid sendiri hampir kecundang apabila memenangi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 348 undi.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan PRU15 memberikan isyarat jelas bahawa sebahagian besar rakyat negara kini menolak UMNO.

Menurut beliau, berlaku tsunami politik dalam kalangan orang Melayu apabila sebahagian besar mereka bersuara menolak UMNO dan Zahid perlu meletakkan jawatan dalam UMNO.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan