31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Saya mahu berehat seketika, saya letih – Khairy

Beliau akui tidak mempunyai masa untuk berehat sejak diminta menguruskan wabak Covid-19.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar mahu berehat seketika setelah penat menggalas tanggungjawab tugas sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet yang lepas.

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Sungai Buloh itu berkata, beliau mahu merenung tentang apa yang berlaku sebelum memikirkan langkah yang perlu dilakukan beliau selepas ini.

“Sebenarnya, saya letih, saya tidak mempunyai masa untuk berehat sejak saya diminta menguruskan wabak Covid-19.

“Dua tahun yang sukar untuk saya mengemudi negara keluar daripada penyakit itu,” katanya hari ini, selepas gagal menakluk kubu kuat Pakatan Harapan (PH) itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.

Walaupun begitu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara pada masa yang kritikal dan beliau gembira Malaysia telah pulih lebih baik daripada banyak negara lain.

Mengenai kekalahannya kepada Datuk R. Ramanan dengan majoriti 2,693 undi, Khairy bekata, beliau telah mencuba sehabis baik namun tidak cukup kuat bagi pengundi di Sungai Buloh.

“Salah satu perkara yang paling menyedihkan tentang menjadi ahli politik ialah ‘disahkan’ secara terbuka setiap lima tahun.

Advertisements

“Walaupun pilihan raya adalah asas kepada mana-mana demokrasi yang berfungsi, tetapi ia juga memberitahu ahli politik tersebut sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya.

“Itu adalah hakikat yang anda perlu terima apabila rakyat menganggap anda tidak cukup bagus untuk mewakili mereka. Kekalahan adalah satu kerugian, tidak kira berapa ramai datang pada saya untuk menyatakan kekecewaan mereka,” katanya.

Beliau turut berharap calon yang telah dipilih rakyat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk rakyat kerana negara memerlukan kestabilan dan kepimpinan lebih daripada sebelumnya.

“Saya menantikan Piala Dunia di televisyen,” guraunya mengakhiri perkongsian di laman Instagramnya itu.

Semasa kempen PRU-15, Khairy beberapa kali meluahkan hasratnya untuk memimpin UMNO seterusnya menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Bagaimanapun, kenyataan terbuka beliau itu dipandang sinis oleh rakan-rakan dalam partinya sendiri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan